Konsep koloni klon Klon (biologi sel)

Konsep yang agak serupa ialah koloni klon (juga dipanggil genet ), yang dimana sel (biasanya unisel) juga berkongsi keturunan yang sama, tetapi yang juga memerlukan produk pengembangan klon untuk tinggal di "satu tempat", atau lokasi yang berdekatan. Satu contoh koloni klon sebegini adalah koloni kultur bakteria, atau filem bakteria yang selalunya ditemui tumbuh di dalam badan biologikal (in vivo) (cth, dalam perumah multisel yang dijangkiti). Terdapat juga contoh dimana koloni klon apabila terpisah (seperti terpisah melalui lokasi) akan menggunakan sel khusus yang ada dalam koloni klon tersebut. Sebagai contoh, dua sel plasma yang merupakan klon yang sama boleh diperoleh daripada sel memori yang berbeza (seterusnya dengan klonaliti dikongsi) dan boleh berada di lokasi yang agak jauh, seperti serviks (di leher) dan inguinal (di pangkal paha) nodus limfa. Walaupun klon yang sama, kedua-dua koloni klon ini mempunyai proses kelansungan hidup yang berbeza kerana terletak di lokasi yang berbeza.